Sunday, September 14, 2008

Senarai Harga

1. DIFFUSER ( Lampe ) – KOD 01

Harga = RM 250 ( Harga asal = RM 267 )

2. ESSENTIAL OIL – 1L

THE VERT – KOD 02 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak essensial ini berasal daripada daun-daun dari pokok teh. Haruman yang dihasilkan menyegarkan, menceriakan dan amat menyenangkan. Sebagai minuman, teh hijau mempunyai berbagai manfaat kepada kesihatan, contohnya ia boleh meringankan penyakit lelah, selsema, masalah sinus dan pening kepala disebabkan allergi. Haruman ini boleh mengurangkan kepenatan dan perasaan mengantuk, ianya juga boleh mengurangkan tekanan dan ini menjadikannya sesuai di gunakan oleh para pelajar dan pekerja pejabat. Ianya amat disyorkan untuk menghasilkan sesuatu suasana yang nyaman. Sesuai di gunakan di: Ruang tamu, bilik tidur, bilik bacaan dan pejabat.

EUCALYPTUS – KOD 03 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini dihasilkan daripada daun dan ranting-ranting pokok ini yang berasal dari Australia. Adalah satu fakta bahawa Beruang Koala dapat hidup dengan hanya memakan daun-daun Eucalyptus sahaja. Pada masa dahulu, sesiapa sahaja yang menghidap penyakit akan berpindah ke kawasan di mana pokok ini tumbuh dengan lebat dan Eucalyptus pernah juga di gunakan sebagai ubat. Minyak essensial ini boleh melegakan kesan-kesan penyakit lelah dan jangkitan ruang pernafasan serta meringankan penyakit bronchitis dan selsema. Ia juga boleh menyamankan dan memberi rangsangan kepada sistem saraf, meningkatan peredaran pernafasan dan menyegarkan, memulih serta merangsang aktiviti mental dan kesedaran. Akhir sekali Eucalyptus boleh juga melegakan sakit-sakit dan sengal otot, membasmi kuman dan menghalau serangga. Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

LAVANDE – KOD 04 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini dihasilkan dari bunga-bunga tumbuhan Lavander. Tumbuhan ini adalah ‘evergreen’ atau kehijauan kekal semulajadi dari kawasan-kawasan Mediteranean, dengan warna bunganya yang berwarna ‘lilac’ atau ungu muda. Lavande terkenal dengan sifat-sifatnya yang terapeutik yang mampu mengurangkan kerunsingan, menurunkan tekanan darah, menenangkan dan menguatkan saraf-saraf, mengendurkan atau menenangkan otot-otot, mungurangkan ketegangan, memberikan tidur yang lebih lena, meningkatkan fungsi-fungsi pernafasan, menceriakan dan mengawal ‘mood swing’ atau ketidakstabilan emosi. Ianya juga boleh membasmi kuman dan menghalau serangga. Sesuai digunakan di: Bilik tidur, ruang tamu, bilik bacaan.

POMME VERTE - KOD 05 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini dihasilkan dari buah Epal. Haruman ini segar dan berbuah-buahan, dan bolen menyamankan suasana. Ia membangkitkan perasaan gembira dan mengingatkan semula tentang keceraian kami semasa masih kanak-kanak dahulu. Ini akan menceriakan dan meningkatkan keadaan emosi kami. Ia juga boleh meningkatkan selera, jadi Pomme Verte merupakan peningkat emosi dan boleh boleh memperbaiki keadaan persekitaran sesebuah bilik. Ia membersihkan udara dan persekitaran dengan ciri-cirinya yang anti kuman, anti bacteria dan anti-dust mite (anti-kutu habuk). Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bacaan.

FEUILLE MENTHE – KOD 06 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Keseluruhan tumbuhan Pudina digunakan untuk menghasilkan Minyak Essensial ini, Feuille de Menthe biasanya digunakan untuk penghasilan barangan jagaan diri seperti ubat gigi. Sebagai minyak essensial ianya digunakan untuk mencergaskan dan menyamankan. Kesan-kesan yang lain termasuklah melegakan sakit kepala dan keletihan mental, in juga boleh merangsang aktiviti mental dan konsentrasi. Untuk wanita pula, ianya boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan semasa haid. Sesuai digunakan di: Bilik bacaan, pejabat dan ruang tamu

CHYPRE – KOD 07 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini boleh dihasilkan dari daun-daun dan ranting-ranting pokok Cypress. Pokok ini merupakan hijauan atau flora semulajadi di benua Asia dan kawasan Mediteranean. Pada masa dahulukala, ahli-ahli perubatan sering menasihati sesiapa yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan paru-paru supaya melawat kepulauan Crete kerana hutan-hutan pokok Cypress banyak terdapat di pulau itu. Kegunaan minyak essensial ini boleh melancarkan saluran darah, mengurangkan batuk, menenangkan dan menyamankan, mengurangkan ketegangan saraf dan tekanan, menyenangkan tidur, meringankan pernafasan, menceriakan, meningkatkan fungsi-fungsi mental dan akhir sekali mengurangkan ketegangan otot-otot. Sesuai digunakan di: Bilik tidur, bilik makan dan pejabat

CITRONNELLE – KOD 08 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini adalah gabungan unik Eucalyptus, Basil, Serai dan Oren. Haruman serai yang di dapati di minyak essensial Citronelle agak berlainan dan ianya bersifat menceriakan dan menyegarkan. Citronelle melegakan laluan pernafasan, meringankan penyakit insomnia (tidak dapat tidur) dan pening kepala serta mengurangkan tekanan, dan meningkatkan semangat. Ianya juga boleh berfungsi sebagai penghalau serangga. Sesuai digunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

LAURIER ROSE – KOD 09 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini adalah hasil gabungan daun pokok Bay dan kelopak bunga mawar. Bay lazimnya digunakan untuk cologne haruman serta losyen pencukur, sementara mawar pula kerap digunakan di dalam minyak wangi wanita. Haruman ini amat nyaman dan akan memberi suatu kesan yang menenangkan dan mengurangkan tekanan. Ianya boleh meningkatkan kesedaran mental serta menajamkan lagi pancaindera penggunanya. Haruman Laurier Rose boleh di katakan mengghairahkan juga kerana ianya boleh menghasilkan suasana yang romantik. Sesuai di guanakan di: Bilik tidur, bilik makan

ROSEE D’IRIS – KOD 10 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini berasal dari bunga yang berwarna merah jambu ini. Minyak essensial ini mengeluarkan haruman yang mesra dan berbunga-bungaan dan dikatakan mampu meningkatkan daya kreatif dan daya ramalan seseorang. Ia boleh megimbangi minda serta mempromosi penyembuhan dalaman. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan kesedihan. Pasangan bercinta kerapkali menggunakannya untuk melahirkan suasana romantik. Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik makan.

PYRETHRE – KOD 11 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 270 )
a. Minyak Essensial Pyrethre merupakan penggabungan Eucalyptus dan Cengkih. Eucalyptus berasal dari Australia sementara Cengkih adalah pokok tropika yang berasal dari Asia. Minyak essensial ini boleh di dapati dari tunas, daun dan tangkai pokok-pokok ini. Di dalam perubatan tradisional Cina, sifat-sifat Cengkih yang anti-bakteria dan anti-kulat sememangnya di iktiraf. Minyak essensial ini juga menghalau serangga dan bersifat anti-jangkitan, ia juga boleh digunakan untuk menyegarkan udara dan dan menghilangkan bau. Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bayi.

BOIS DE SANTAL – KOD 12 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 270 )
a. Minyak Essensial ini di hasilkan daripada kayu dalaman pohon cendana yang berasal dari Asia. Secara tradisi, Cendana digunakan sebagai ramuan ubat-ubatan, minyak wangi, bahan solekan dan colok. Minyak essensial ini mendorong penyatuan rohani dan jasmani. Ia juga boleh menenangkan, mengatasi kegelisahan dan mengurangkan tekanan. Manfaat yang lain termasuklah; melegakan sistem pernafasan, menjamin tidur yang lena, menolong meditasi, menceriakan, mengghairah, membebaskan emosi dan mempromosi mimpi yang indah. Sesuai digunakan di: Tempat pemujaan, laman kedai dan pejabat.

3. PRODUK LAIN

ESTEBEL

a. Eau Energisante - KOD 13 ( Energizing Water – 100 ml )
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 142 )

b. Eau Energisante Pour Femme - KOD 14 (Energizing Water For Women–100 ml)
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 166 )

c. Gel Coiffant Cheveux - KOD 15 ( Hair Styling Gel – 100 ml )
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 183 )

d. Gel Actif Visage - KOD 16 ( Active Face Wash – 150 ml )
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 186 )

e. Eau Energisante Corps - KOD 17 ( Energizing Water For Body – 100 ml )
Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 203 )

f. Gel Matifiant Visage - KOD 18 ( Matt Finish Face Gel – 100 ml )
Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 203 )

ED. PINAUD

a. Fard A Levres - KOD 19 ( Ed. Pinaud Lipstick – 3,8g )
Harga = RM 30 ( Harga asal = RM 78 )

b. Poudre Compacte - KOD 20 ( Ed. Pinaud Compact Powder – 7,5g )
Harga = RM 50 ( Harga asal = RM 113 )

c. Fard A Joues - KOD 21 ( Ed. Pinaud Blush – 7,5g )
Harga = RM 50 ( Harga asal = RM 120 )