Sunday, September 14, 2008

Asal-Usul Kecantikan ESTEBEL

Provence merupakan syurga di bumi dengan sinaran cahaya matahari dan bunga-bungaan yang indah. Ianya terletak di Perancis selatan yang aman dan hening. Oleh kerana ia terletak berhampiran dengan laut Mediterranean , hawanya yang nyaman memang sesuai untuk sesetengah tumbuhan herbal dan wangian. Daerah ini mengkhususkan pertanian tumbuhan untuk minyak essensial dan jamu untuk penghasilan ubatan serta bunga yang kelak dijadikan “potpourri”.Daerah Perancis ini juga terkenal sebagai destinasi pelancongan kaum kerabat diraja dan golongan kaya-raya. Mengikut sejarah, inilah taman permainan Tsar Rusia dan raja-raja Belgium dan England . Pada zaman ini daerah luar bandar yang mengasyikkan serta perkampungan nelayan tepi pantai yang romantik telah menjadi tarikan kepada celebriti antarabangsa dan golongan elit. Provence amat terkenal kerana lokasinya yang berdekatan dengan bandar-bandar Cannes, St Tropez dan Nice yang indah dan masyhur, kini ia dikenali sebagai “Promenade des Anglais” atau “Semenanjung Inggeris”.

No comments: