Sunday, September 14, 2008

Apakah itu Aromaterapi?

Istilah "Aromaterapi" sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: "Aroma", yang bermakna bau, atau haruman, dan "Therapy", yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu. Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.

Kebaikan Aromaterapi

Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Asal-Usul Kecantikan ESTEBEL

Provence merupakan syurga di bumi dengan sinaran cahaya matahari dan bunga-bungaan yang indah. Ianya terletak di Perancis selatan yang aman dan hening. Oleh kerana ia terletak berhampiran dengan laut Mediterranean , hawanya yang nyaman memang sesuai untuk sesetengah tumbuhan herbal dan wangian. Daerah ini mengkhususkan pertanian tumbuhan untuk minyak essensial dan jamu untuk penghasilan ubatan serta bunga yang kelak dijadikan “potpourri”.Daerah Perancis ini juga terkenal sebagai destinasi pelancongan kaum kerabat diraja dan golongan kaya-raya. Mengikut sejarah, inilah taman permainan Tsar Rusia dan raja-raja Belgium dan England . Pada zaman ini daerah luar bandar yang mengasyikkan serta perkampungan nelayan tepi pantai yang romantik telah menjadi tarikan kepada celebriti antarabangsa dan golongan elit. Provence amat terkenal kerana lokasinya yang berdekatan dengan bandar-bandar Cannes, St Tropez dan Nice yang indah dan masyhur, kini ia dikenali sebagai “Promenade des Anglais” atau “Semenanjung Inggeris”.

Senarai Harga

1. DIFFUSER ( Lampe ) – KOD 01

Harga = RM 250 ( Harga asal = RM 267 )

2. ESSENTIAL OIL – 1L

THE VERT – KOD 02 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak essensial ini berasal daripada daun-daun dari pokok teh. Haruman yang dihasilkan menyegarkan, menceriakan dan amat menyenangkan. Sebagai minuman, teh hijau mempunyai berbagai manfaat kepada kesihatan, contohnya ia boleh meringankan penyakit lelah, selsema, masalah sinus dan pening kepala disebabkan allergi. Haruman ini boleh mengurangkan kepenatan dan perasaan mengantuk, ianya juga boleh mengurangkan tekanan dan ini menjadikannya sesuai di gunakan oleh para pelajar dan pekerja pejabat. Ianya amat disyorkan untuk menghasilkan sesuatu suasana yang nyaman. Sesuai di gunakan di: Ruang tamu, bilik tidur, bilik bacaan dan pejabat.

EUCALYPTUS – KOD 03 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini dihasilkan daripada daun dan ranting-ranting pokok ini yang berasal dari Australia. Adalah satu fakta bahawa Beruang Koala dapat hidup dengan hanya memakan daun-daun Eucalyptus sahaja. Pada masa dahulu, sesiapa sahaja yang menghidap penyakit akan berpindah ke kawasan di mana pokok ini tumbuh dengan lebat dan Eucalyptus pernah juga di gunakan sebagai ubat. Minyak essensial ini boleh melegakan kesan-kesan penyakit lelah dan jangkitan ruang pernafasan serta meringankan penyakit bronchitis dan selsema. Ia juga boleh menyamankan dan memberi rangsangan kepada sistem saraf, meningkatan peredaran pernafasan dan menyegarkan, memulih serta merangsang aktiviti mental dan kesedaran. Akhir sekali Eucalyptus boleh juga melegakan sakit-sakit dan sengal otot, membasmi kuman dan menghalau serangga. Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

LAVANDE – KOD 04 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini dihasilkan dari bunga-bunga tumbuhan Lavander. Tumbuhan ini adalah ‘evergreen’ atau kehijauan kekal semulajadi dari kawasan-kawasan Mediteranean, dengan warna bunganya yang berwarna ‘lilac’ atau ungu muda. Lavande terkenal dengan sifat-sifatnya yang terapeutik yang mampu mengurangkan kerunsingan, menurunkan tekanan darah, menenangkan dan menguatkan saraf-saraf, mengendurkan atau menenangkan otot-otot, mungurangkan ketegangan, memberikan tidur yang lebih lena, meningkatkan fungsi-fungsi pernafasan, menceriakan dan mengawal ‘mood swing’ atau ketidakstabilan emosi. Ianya juga boleh membasmi kuman dan menghalau serangga. Sesuai digunakan di: Bilik tidur, ruang tamu, bilik bacaan.

POMME VERTE - KOD 05 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini dihasilkan dari buah Epal. Haruman ini segar dan berbuah-buahan, dan bolen menyamankan suasana. Ia membangkitkan perasaan gembira dan mengingatkan semula tentang keceraian kami semasa masih kanak-kanak dahulu. Ini akan menceriakan dan meningkatkan keadaan emosi kami. Ia juga boleh meningkatkan selera, jadi Pomme Verte merupakan peningkat emosi dan boleh boleh memperbaiki keadaan persekitaran sesebuah bilik. Ia membersihkan udara dan persekitaran dengan ciri-cirinya yang anti kuman, anti bacteria dan anti-dust mite (anti-kutu habuk). Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bacaan.

FEUILLE MENTHE – KOD 06 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Keseluruhan tumbuhan Pudina digunakan untuk menghasilkan Minyak Essensial ini, Feuille de Menthe biasanya digunakan untuk penghasilan barangan jagaan diri seperti ubat gigi. Sebagai minyak essensial ianya digunakan untuk mencergaskan dan menyamankan. Kesan-kesan yang lain termasuklah melegakan sakit kepala dan keletihan mental, in juga boleh merangsang aktiviti mental dan konsentrasi. Untuk wanita pula, ianya boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan semasa haid. Sesuai digunakan di: Bilik bacaan, pejabat dan ruang tamu

CHYPRE – KOD 07 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini boleh dihasilkan dari daun-daun dan ranting-ranting pokok Cypress. Pokok ini merupakan hijauan atau flora semulajadi di benua Asia dan kawasan Mediteranean. Pada masa dahulukala, ahli-ahli perubatan sering menasihati sesiapa yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan paru-paru supaya melawat kepulauan Crete kerana hutan-hutan pokok Cypress banyak terdapat di pulau itu. Kegunaan minyak essensial ini boleh melancarkan saluran darah, mengurangkan batuk, menenangkan dan menyamankan, mengurangkan ketegangan saraf dan tekanan, menyenangkan tidur, meringankan pernafasan, menceriakan, meningkatkan fungsi-fungsi mental dan akhir sekali mengurangkan ketegangan otot-otot. Sesuai digunakan di: Bilik tidur, bilik makan dan pejabat

CITRONNELLE – KOD 08 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini adalah gabungan unik Eucalyptus, Basil, Serai dan Oren. Haruman serai yang di dapati di minyak essensial Citronelle agak berlainan dan ianya bersifat menceriakan dan menyegarkan. Citronelle melegakan laluan pernafasan, meringankan penyakit insomnia (tidak dapat tidur) dan pening kepala serta mengurangkan tekanan, dan meningkatkan semangat. Ianya juga boleh berfungsi sebagai penghalau serangga. Sesuai digunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

LAURIER ROSE – KOD 09 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini adalah hasil gabungan daun pokok Bay dan kelopak bunga mawar. Bay lazimnya digunakan untuk cologne haruman serta losyen pencukur, sementara mawar pula kerap digunakan di dalam minyak wangi wanita. Haruman ini amat nyaman dan akan memberi suatu kesan yang menenangkan dan mengurangkan tekanan. Ianya boleh meningkatkan kesedaran mental serta menajamkan lagi pancaindera penggunanya. Haruman Laurier Rose boleh di katakan mengghairahkan juga kerana ianya boleh menghasilkan suasana yang romantik. Sesuai di guanakan di: Bilik tidur, bilik makan

ROSEE D’IRIS – KOD 10 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 244 )
a. Minyak Essensial ini berasal dari bunga yang berwarna merah jambu ini. Minyak essensial ini mengeluarkan haruman yang mesra dan berbunga-bungaan dan dikatakan mampu meningkatkan daya kreatif dan daya ramalan seseorang. Ia boleh megimbangi minda serta mempromosi penyembuhan dalaman. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan kesedihan. Pasangan bercinta kerapkali menggunakannya untuk melahirkan suasana romantik. Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik makan.

PYRETHRE – KOD 11 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 270 )
a. Minyak Essensial Pyrethre merupakan penggabungan Eucalyptus dan Cengkih. Eucalyptus berasal dari Australia sementara Cengkih adalah pokok tropika yang berasal dari Asia. Minyak essensial ini boleh di dapati dari tunas, daun dan tangkai pokok-pokok ini. Di dalam perubatan tradisional Cina, sifat-sifat Cengkih yang anti-bakteria dan anti-kulat sememangnya di iktiraf. Minyak essensial ini juga menghalau serangga dan bersifat anti-jangkitan, ia juga boleh digunakan untuk menyegarkan udara dan dan menghilangkan bau. Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bayi.

BOIS DE SANTAL – KOD 12 Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 270 )
a. Minyak Essensial ini di hasilkan daripada kayu dalaman pohon cendana yang berasal dari Asia. Secara tradisi, Cendana digunakan sebagai ramuan ubat-ubatan, minyak wangi, bahan solekan dan colok. Minyak essensial ini mendorong penyatuan rohani dan jasmani. Ia juga boleh menenangkan, mengatasi kegelisahan dan mengurangkan tekanan. Manfaat yang lain termasuklah; melegakan sistem pernafasan, menjamin tidur yang lena, menolong meditasi, menceriakan, mengghairah, membebaskan emosi dan mempromosi mimpi yang indah. Sesuai digunakan di: Tempat pemujaan, laman kedai dan pejabat.

3. PRODUK LAIN

ESTEBEL

a. Eau Energisante - KOD 13 ( Energizing Water – 100 ml )
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 142 )

b. Eau Energisante Pour Femme - KOD 14 (Energizing Water For Women–100 ml)
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 166 )

c. Gel Coiffant Cheveux - KOD 15 ( Hair Styling Gel – 100 ml )
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 183 )

d. Gel Actif Visage - KOD 16 ( Active Face Wash – 150 ml )
Harga = RM 100 ( Harga asal = RM 186 )

e. Eau Energisante Corps - KOD 17 ( Energizing Water For Body – 100 ml )
Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 203 )

f. Gel Matifiant Visage - KOD 18 ( Matt Finish Face Gel – 100 ml )
Harga = RM 150 ( Harga asal = RM 203 )

ED. PINAUD

a. Fard A Levres - KOD 19 ( Ed. Pinaud Lipstick – 3,8g )
Harga = RM 30 ( Harga asal = RM 78 )

b. Poudre Compacte - KOD 20 ( Ed. Pinaud Compact Powder – 7,5g )
Harga = RM 50 ( Harga asal = RM 113 )

c. Fard A Joues - KOD 21 ( Ed. Pinaud Blush – 7,5g )
Harga = RM 50 ( Harga asal = RM 120 )

Struktur dan Fungsi


Struktur = Penunu pemangkin diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah melalui kaedah dan formula yang telah dipatenkan. Kepala Penunu ini adalah berongga halus dengan kadar density kira – kira 3µm.

Fungsi = Apabila kepala penunu dinyalakan, sumbunya akan menyerap minyak essensial, kemudian minyak ini akan kekal pada permukaan kepala penunu ini kerana sifatnya yang melekit. Lingkaran luaran penunu pemangkin ini diperbuat oleh campuran logam platinum yang berupaya menahan suhu hingga ke 500 darjah Celcius, manakala bahagian dalamannya mampu bertahan hingga 350 darjah Celcius. Lingkaran dalaman penunu ini pula diperbuat daripada campuran tembikar porcelain yang boleh mengekalkan kepanasan pada 60 darjah Celcius ini membolehkan minyak essensial menyejat menjadi wap tanpa dikenakan dengan kepanasan tinggi.


Cara-cara menggunakan Lampe Berger


1. Letakkan pengewap pada permukaan yang rata jauh dari sumber haba; gunakan corong yang diberi untuk mengisi pengewap dengan minyak essensial sehingga paras dua-pertiga botol. Pastikan permukaan luar botol sentiasa kering.

2. Letakkan sumbu ke dalam pengewap dan ketatkan kepala penunu yang disambungkan kepada bahagian atas pengewap. (Jika kepala penunu digunakan buat kali pertama, biarkan sumbunya direndam selama 20 minit untuk memastikan minyak essensial diserap kedalam kepala penunu).


3. Nyalakan kepala penunu dan biarkannya membakar selama 2 atau 2½ minit sebelum memadamkan apinya dengan meniup. Setelah kepala penunu di panaskan, pengewapan minyak essensial akan berterusan tanpa pembakaran.

4. Tutup bahagian atas pengewap dengan penutup beralir yang disediakan. Anda kini boleh menikmati manfaat minyak essensial yang hanya boleh diberi oleh Lampe Berger. Kegunaan pengewap selama 40 minit untuk sebuah bilik berukuran 12 meter persegi cukup untuk mengekalkan kesan haruman selama 6 jam.

5. Untuk berhenti menggunakan pengewap, tanggalkan penutup beralir dan gantikan dengan penutup kecil yang disediakan.

6. Kemudian ketatkan kembali penutup beralir kepada pengewap, simpan dengan rapi sehingga ianya digunakan lagi.

Tawaran Istimewa

Dapatkan I unit DIFFUSER + 5 unit ESSENTIAL OIL + 1 unit produk ESTEBEL + 1 unit ED. PINAUD pada harga RM 1660 sahaja!